Memaparkan catatan dengan label Semasa-Semasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa-Semasi. Papar semua catatan

Isnin, 26 April 2010

Naib Canselor UUM Didenda RM5,000

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi membayar denda RM5,000 kerana kesalahan menghina mahkamah dalam tempoh dua minggu atau menjalani hukuman penjara sebulan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim mengeluarkan perintah itu selepas menolak rayuannya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman denda itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Pada 3 Februari lepas, Nordin didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana gagal melaksanakan perintah injunksi yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di sini yang menghalang universiti itu menganjurkan program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).

Nordin yang tidak hadir di mahkamah semalam diwakili peguam K.Valen.

Petikan dari KOSMO Online - Isnin, 26 April 2010

Nukilan Insani: Hina mahkamah kena denda. Kalau hina agama Allah, apakah TINDAKAN yang akan diambil oleh MEREKA YANG BERKENAAN untuk menghukum si PENGHINA AGAMA? Kata hendak boikot sana hendak boikot sini, tapi masih banyak lagi produk-produk Yahudi di negara kita. Itu bukan memboikot atau menghukum namanya, itu mengalakkan lagi penggunaan produk diaorang. Itulah, undang-undang dunia tidak akan sama dengan undang-undang Allah walau dirancang dengan teliti sekalipun. Perancangan Allah mana mungkin dapat ditiru dan difahami oleh hamba-Nya melainkan dengan izin-Nya juga.

Sabtu, 24 April 2010

Remaja Cuba Terjun Bangunan

KANGAR - Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini, gempar apabila dikejutkan dengan percubaan seorang pelajar lelaki yang cuba terjun dari sebuah bangunan tiga tingkat di sekolah tersebut semalam.

Kejadian pada pukul 12 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila remaja berusia 14 tahun tersebut tiba-tiba keluar ke arah koridor belakang kelasnya dan berdiri di atas lantai koridor di penjuru bangunan sekolah.

Tindakan pelajar tingkatan dua aliran agama itu kemudian mengejutkan para guru dan rakan-rakan lain apabila dia mendakwa mahu membunuh diri dengan terjun dari bangunan setinggi tiga tingkat tersebut.

Para guru serta beberapa pelajar lain berusaha memujuk pelajar berkenaan sebelum sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian.

Drama memujuk remaja tersebut berlangsung selama sejam sebelum seorang anggota bomba bertindak pantas menarik pelajar tersebut selepas memberinya air minuman.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak demikian kerana tertekan akibat diejek oleh rakan-rakannya selepas dua pelajar perempuan di sekolah tersebut menolak cintanya.

Petikan dari KOSMO Online - Sabtu, 24 April 2010

Nukilan Insani: Masya-Allah. Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang. Cinta ditolak terus terfikir nak bunuh diri. Mungkin dia masih terlalu muda untuk memahami apa erti CINTA YANG SEBENAR dan juga REDHA dalam menerima KEKECEWAAN. Namun takkanlah sampai macam tu sekali fikirannya. Marilah sama-sama kita mendoakan remaja ini agar jiwanya kembali tenang dan pulih seperti sedia kala.

Khamis, 22 April 2010

5 Pelajar Pondok Pakai Serban Bebas

TUMPAT – Mahkamah Majistret Tumpat di sini hari ini membebaskan dan melepaskan lima pelajar sebuah sekolah pondok atas kesalahan tidak memakai topi keledar tetapi sebaliknya memakai serban ketika menunggang motosikal, dua tahun lalu.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut.

Sebaik sahaja Raja Norshuzianna Shakila selesai membacakan penghakimannya, kelima-lima pelajar itu Adli Abd. Halim, 22; Ahmad Hafiz Shaari, 24; Mohd. Hafizul Mohamad, 22; Mohd. Azam Mohd. Arifin, 24; dan Che Mohd. Noor Che Soh, 28; kelihatan sebak dan beberapa daripada mereka mengalirkan air mata.

Kelima-lima pelajar Pondok Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Gelang Mas, di sini, ditahan dalam sekatan polis di Kampung Geting, dekat sini, pada pukul 12.30 tengah malam, 28 April, 2008, semasa dalam perjalanan pulang dari menghadiri upacara sembahyang jenazah di sebuah masjid.

Mereka didakwa mengikut Kaedah 4 (motosikal topi keledar keselamatan) 1973 dan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama. – Bernama

Petikan dari KOSMO Online - Khamis, 22 April 2010

Nukilan Insani: Bagi aku mereka tidak bersalah langsung pun. Apalah sangat dengan kesalahan dunia iaitu tidak memakai topi keledar kalau nak dibandingkan dosa-dosa yang kita lakukan terhadap Allah. Aku tahu topi keledar itu adalah alat keselamatan. Tapi yang sebenar-benar melindungi kita semua itu siapa? Tentulah Allah. Kalau pakai topi keledar pun, tapi merempit laju-laju tentulah ke TANAH MERAH juga kesudahannya. Lagipun mereka berlima telahpun menggantikan topi keledar itu dengan SERBAN. Syabas pihak berkuasa kerana cekap menyaman orang biasa. Tapi bagaimana pula dengan anak-anak orang VVIP yang perangai mereka lebih teruk dari syaitan? Ada berani ke nak bertindak kalau mereka melakukan kesalahan? Kalau di jalanraya pun terlepas inikan pula bila mereka buat kesalahan yang lebih teruk. Kadang-kadang aku kesal dengan segelintir pihak yang bersungguh-sungguh mahu menegakkan keadilan dunia yang entah apa-apa. Pinda itu dan ini tetapi hanya untuk kebaikan golongan tertentu sahaja. Akibatnya, orang biasa seperti kamilah yang selalu tertindas. Masya-Allah, semoga Allah menunjukkan taufik hidayah kepada mereka yang zalim dan selalu menindas orang yang lemah agar mereka dapat kembali semula ke jalan Allah.

Rabu, 21 April 2010

Masih Ramai Terperangkap SMS Tipu

KOTA BHARU - Meskipun berstatus pegawai tinggi kerajaan dan lepasan universiti namun mereka tetap tidak terlepas daripada penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya menawarkan pelbagai hadiah lumayan.

Sepanjang bulan April sahaja, SMS itu berjaya memerangkap 17 orang di negeri ini yang mendakwa masing-masing kerugian di antara RM1,000 hingga RM5,000 kerana sikap tamak untuk mendapatkan tawaran hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Supritendan Hamzah Alias berkata, jumlah keseluruhan kerugian mangsa yang antaranya terdiri daripada pegawai tinggi kerajaan, pegawai perubatan, pelajar universiti, guru, pesara dan pekerja swasta itu sebanyak RM33,825.

Petikan dari KOSMO Online - Rabu, 21 April 2010

Nukilan Insani: Kenapa sampai macam tu sekali kena tipu ye? Memanglah semuanya berlaku atas izin-Nya juga. Hendak yang baik, maka baiklah kesudahannya. Hendak yang buruk maka buruklah kesudahannya. Tapi bukankah Allah SWT sudah memberikan kita akal dan fikiran untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk. Tapi mengapa masih tertipu dengan begitu mudah? Adakah kerana sikap tamak haloba kerana inginkan kekayaan dengan jalan yang singkat atau balasan kerana mempersiakan harta yang ada?. Masya-Allah, mana mungkin Allah akan beri rezeki atau kekayaan dengan begitu mudah tanpa usaha, doa dan tawakkal. Marilah sama-sama kita GUNAKAN STATUS, PANGKAT, ILMU, HARTA, MASA dan HIDUP serta APA SAHAJA YANG BERKENAAN itu melalui jalan yang telah diredhai oleh-Nya.

Khamis, 15 April 2010

'Tuan Muda' sah dapat 9A SPM

KUANTAN - Remaja yang menyamar sebagai 'Tuan Muda Pahang' bagi membolehkannya mengadakan lawatan ke semua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Pahang baru-baru ini sah merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, remaja berkenaan merupakan pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 9A dan 1B dalam SPM 2009.

Menurutnya, remaja tersebut merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32, Bera dan remaja yang sama pernah memohon kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bera untuk mengambil slip keputusan peperiksaan lebih awal berbanding pelajar lain.

Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz, permohonan pelajar terbabit terpaksa ditolak kerana ia bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak jabatan.

"Dia telah menghantar surat kepada PPD untuk mengambil keputusan lebih awal namun tidak dibenarkan kerana ia bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan.

"Kita juga tidak tahu apa sebenarnya motif dan tujuan pelajar terbabit hendak mengambil keputusan SPM lebih awal," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Petikan dari KOSMO Online - Khamis, 15 April 2010

Nukilan Insani: Perghh, result 9A 1B tu. Memang seorang penipu yang hebat. Misteri betul budak mentah nie, siap hantar surat nak mintak keputusan SPM lebih awal tu dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bera. Siapakah dia yang sebenar? Apakah motifnya menipu? Pihak polis siasatlah cepat. Dah siasat jangan pulak sorok.-sorok. We want all info about him. Hmm kat mana la budak mentah nie kena kurung pasnie. Dalam bilik kebal ISA kot. Hahahah. Kalau jadi pemimpin lagi la kuat menipu dari menteriwan dan menteriwati yang dah sedia ada. Hahahah. Silap-silap Malaysia pun boleh tergadai. Yang ada sekarang pun tunggu masa je kalau rakyat buta dalam memilih pucuk pimpinan.

Selasa, 13 April 2010

Budak Mentah Yang Hebat

"Sedangkan Abdul Wahab dan Abdul Wahib yang bijak pandai kita boleh tipu... ini apa.... Abdul Wahub... budak mentahhhh".

Last-last diorang kena tipu jugak dengan budak mentah yang menggelar dirinya Tuan Muda itu.
Apa motif Tuan Muda nie menipu sebenarnya?
Kononnya dia ni pelajar pintar sekolahnya.
Tapi aku musykil macam mana dia boleh menipu dengan begitu yakin sekali.
Sampai mengaku anak angkat kerabat diraja pulak tu.
Kalau betul dia itu pintar takkan sampai tertangkap.
Hmm, itupun kerana ada pelatih PLKN yang mengenalinya, kalau tidak tentu 'budak mentah' nie masih bebas.
Mentah-mentah pun sempat jugak dia tipu Exco Kerajaan Pahang, Ketua Pengarah JLKN dan polis.
Hebat jugak budak mentah nie ye.
Kah kah kah nasib baik dia tak sempat nak menipu PM dan TPM.
Kalau tak lagi seronok.
Kah kah kah.
Makin licin la kepala PM kena tipu dengan budak mentah tu nanti.

Apapun adakah ini satu kebetulan atau satu lagi konspirasi di Malaysia?
Macam-macam hal.

-Nukilan Insani-
Selasa, 13 April 2010 | 9.53 PM