Memaparkan catatan dengan label Grafika Ekstravaganza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Grafika Ekstravaganza. Papar semua catatan

Rabu, 28 April 2010

Ole-ole eKad Demi Masa

Klik pic ekad di atas dan simpanlah sebagai ole-ole yang tidak seberapa dari aku ATAU kalau korang nak forward kat member-member lain kat alam mayapada nie suka ati koranglah... semoga kita semua dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT sentiasa....

Tak tahu apa nak buat. Sambil jalan-jalan menyibuk kat chatbox blog kawan-kawan, maka terhasillah benda alah nie. Tak tahu ok ke tak. Design suka ati je nie. Kalau comel, forward link entri nie kat kawan-kawan lain. Kalau buruk pun forward gak. Aku nak KUTIP BONUS di akhirat kelak. Meh kita pakat KUTIP BONUS sama-sama. Hahahah.

Name: Demi Masa
Style: Still
Size: 500x400 pixels
Category: ecard
Fonts: suka ati
Medium: Adobe Photoshop CS 4
Color: suka ati
Concept: simple jer
Ideas: ikut suka ati aku :D
Price: free for all (ole-ole)

Nukilan Insani: Masa itu emas jadi janganlah kita mempersiakannya sesuka hati kita. Masa yang berlalu pada hari ini tidak akan sama dengan masa yang berlalu semalam kerana ianya silih berganti. Semalam kita di sini, esok kita mungkin di sana, lusa dan tulat belum tentu lagi tempat kita di mana.

Ahad, 25 April 2010

Cover Penaakulan Kehidupan


Tengah boring-boring tadi sambil melayan hujan lebat melanda bumi, maka terhasillah benda alah yang tidak seberapa nie. Sudah terlalu lama aku tidak 'mendesign'. Rasanya dah masuk bertahun-tahun dan logo MAXIMA itulah yang menjadi permulaan semula aku 'mendesign'. Nak mulakan balik apa yang tertinggal agak sukar juga terutama bila otak dah semakin berkarat. Apapun, aku will not give-up.

Name: Penaakulan Kehidupan
Style: Still
Size: 320x400 pixels
Category: ebook/book cover
Fonts: suka ati
Medium: Adobe Photoshop CS 4
Color: suka ati
Concept: simple jer
Ideas: ikut suka ati aku :D
Price: suka ati gak

Nukilan Insani: Ilmu kalau tidak diamalkan ibarat kita masak nasi dan lauk, tetapi kita tidak makan nasi dan lauk tadi, sebaliknya kita makan benda lain pula seperti roti dengan keju. Buang masa kan?. Ilmu lama tidak diamal, sudah terkocoh-kocoh mahu belajar ilmu baru. Sama jugalah dengan belajar tinggi-tinggi tetapi masih tidak dapat hendak membezakan benda yang baik dan yang buruk. Hanya berilmu sebab menurut tuntutan dunia semata-mata bukan menurut tuntutan akhirat yang dijamin 100% selamat oleh Allah SWT. Masya-Allah.

Khamis, 22 April 2010

Web Logo Maxima


Adakalanya bila berkelapangan, selain menulis blog, aku akan cuba meluangkan masa untuk 'mendesign'. Selalunya benda alah yang menjadi kegemaran 'pendesignan' itu ialah logo, ekad, puisi bergambar dan mutiara kata grafik. Imej di atas hanya sekadar contoh logo yang telah direka sebagai portfolio menggunakan jenama MAXIMA. Jadi sesiapa yang berminat untuk membeli logo ini atau custom mengikut kehendak sendiri bolehlah menghubungi aku. Cari makan punya pasal beb...

Name: Maxima 1
Slogan: your wireless solution
Style: Still
Size: 500x400 pixels
Category: Web Logo
Fonts: Freestyle
Medium: Adobe Photoshop CS 4
Color: Freestyle
Concept: simple
Ideas: just ikut gerak hati saya :D
Price: negotiable


Nukilan Insani: Nak cari rezeki halal :)