Memaparkan catatan dengan label 10 Tahun Kembara Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 10 Tahun Kembara Cinta. Papar semua catatan

Selasa, 25 Mei 2010

10 Tahun Kembara Cinta - Episod 8

Nostalgia Cinta

"Hujan yang begitu lebat pagi ini bagaikan menangisi NOSTALGIA CINTA yang pernah aku harungi suatu ketika dahulu... Namun setelah KEHADIRAN KASIHMU, adakala membuatkan aku terlupa bahawasanya diri ini pernah MENDERITA...".

-Nukilan Insani-
Selasa, 25 Mei 2010 | 1.16 AM

Nukilan Insani: Di hatiku tiada lagi KAMU..., di hatiku cuma ada Dia.

Rabu, 19 Mei 2010

10 Tahun Kembara Cinta - Episod 7

Fokus

"Sejak minggu lepas hingga sekarang, aku bagaikan tidak dapat memfokuskan diri terhadap blog buruk ini kerana hatiku telah terusik oleh keagungan CINTA yang dianugerahkan untukku. Ya Allah, hebat sungguh perasaan yang telah ENGKAU berikan kepadaku hingga kadangkala aku berasa TIDAK layak untuk MENERIMA CINTA ini".

-Nukilan Insani-
Rabu, 19 Mei 2010 | 10.54 PM

Nukilan Insani: Cinta ini adalah milikmu dan aku tidak akan mempersiakannya...

Isnin, 10 Mei 2010

10 Tahun Kembara Cinta - Episod 6

Mengerti

"Kehadiranmu membuatkan aku semakin mengerti apa itu CINTA, apa itu RINDU dan apa itu KASIH... terima kasih sayang kerana sudi MEWARNAI semula hatiku yang selama ini usang dan suram...".

-Nukilan Insani-
Isnin, 10 Mei 2010 | 10.30 PM

Nukilan Insani: Pengertian bagi mereka yang benar-benar telah mengerti... :)

Jumaat, 30 April 2010

10 Tahun Kembara Cinta - Episod 5

Ego

"Selama ini aku telah mempersiakan CINTA yang dianugerahkan kerana keegoan diriku tetapi kini akan aku dambakan CINTA itu untukmu demi mengharapkan keredhaan dari-Nya."

-Nukilan Insani-
Jumaat, 30 April 2010 | 5.07 PM

Nukilan Insani: Sebaik-baik CINTA yang lahir dari hati adalah CINTA yang tulus ikhlas kerana mengharapkan redha ILAHI. Jangan kita lupa, CINTA itu adalah milik mutlak Allah SWT. Jadi bersyukurlah kita apabila dikurniakan dengan sebuah CINTA. Gunakan CINTA itu sebaik mungkin dalam menuju ke jalan-Nya.

Sabtu, 10 April 2010

10 Tahun Kembara Cinta - Episod 4

Good Bye

I hate you... because you make me love you... but now i realized there are no such thing as love for me within your heart... it has been a long time... so goodbye i guess... may Allah bless you and your family... until then just let me go... i wanna stay away from your shadow forever... (1999-2009)

-Nukilan Insani-
Saturday, 10 April 2010 | 9.24 PM

10 Tahun Kembara Cinta - Episod 3

Tolong Berikan Daku Cinta

Tolong... Tolong... Tolong... Err tolong berikan daku sedikit cinta agar aku bisa tahu apa itu erti cinta yang sebenar..

-Nukilan Insani-
Sabtu, 10 April 2010 1.56 PM

Selasa, 2 Mac 2010

10 Tahun Kembara Cinta - Episod 2

Lain

Hari tu terasa benar kelainannya.

Aku sedikit pelik bercampur kaget.
Dah lama dia tidak mempamerkan senyuman.
Alih-alih dia tersenyum manis memandang wajah aku.
Dia gila atau aku yang perasan?
Aku cubit-cubit pipi aku.
Aku sangkakan aku hanya bermimpi.
Memang benar dia tersenyum.
Eloklah kalau berterusan begitu.
Kerana sudah hidupnya terlalu lama disurami derita.

-Nukilan Insani-
Selasa, 02 Mac 2010 | 12.12 AM

Isnin, 15 Februari 2010

10 Tahun Kembara Cinta - Episod 1

Persepsi Ada & Tiada

Ada sebab memang dah ada = SUKA
Dah tiada tapi masih nak mengadakan = PARAH
Ada tapi macam tiada = MERANA

Tiada sebab memang dah tiada = REDHA
Ada tapi nak meniadakan = TERLUKA
Tiada tapi macam ada = PERASAN

Ada sebab tengok orang ada = DAYUS
Tiada sebab tengok orang tiada = BUTA
Ada dan tiada tapi dalam keterpaksaan = HANCUR

-Nukilan Insani-
Isnin, 15 Februari 2010 | 6.10 PM