Memaparkan catatan dengan label Bila... dan Kalau.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bila... dan Kalau.... Papar semua catatan

Ahad, 17 Julai 2011

Bila... dan Kalau... - Episod 4

Bangang

Anda memang seorang yang bangang BILA...
Tidak mahu mendengar nasihat dari mereka yang arif dalam agama Islam mengenai kesilapan anda tentang hukum-hakam sesuatu perkara sedangkan anda jahil.

Tetapi menjadi lebih bangang KALAU...
Sudahlah jahil, anda masih mempertahankan pendirian berdasarkan nafsu syahwat semata-mata. Hukum yang sesuai dengan anda, diambil, yang tidak sesuai, anda tinggalkan.

-Nukilan Insani-
Ahad, 17 Julai 2011 | 1.31 PM

Nukilan Insani: Dunia kini begitu pelik kerana wujudnya matlamat dalam menghalalkan cara walaupun kita faham dan jelas sesuatu cara itu tidak semestinya benar atau halal.

Isnin, 7 Mac 2011

Bila... dan Kalau... - Episod 3

Gigih

Anda memang seorang yang gigih BILA...
Pagi petang siang malam tidak jemu-jemu mencari rezeki halal untuk masa depan keluarga anda.

Tapi jadi tak gigih KALAU...
Pagi petang siang malam tidak jemu-jemu buat kerja haram!!!. Mencuri, minum arak, berjudi, tikam nombor dan banyak lagi.

-Nukilan Insani-
Isnin, 07 Mac 2011 | 2.51 PM

Selasa, 9 Februari 2010

Bila & Kalau - Episod 2

Samseng

Anda memang seorang yang hebat BILA...
Anda seorang yang amat digeruni kerana keSAMSENGan anda dan tidak takut kepada sesiapapun. Orang tengok muka anda pun dah kecut perut. Siap nak terkencing pun ada.

Anda jadi tak hebat KALAU...
Anda sebenarnya gerun kepada keSAMSENGan bini anda di rumah. Tengok jelingannya aje dah buat anda jadi macam tikus. Siap nak terkucil pun ada.

-Nukilan Insani-
Khamis, 04 Februari 2010 | 2.08 AM

Rabu, 3 Februari 2010

Bila & Kalau - Episod 1

Putarbelit

Anda memang seorang yang hebat BILA...
Anda berkebolehan dalam memutarbelit cerita dan mengubahsuainya dalam mencari rezeki yang lumayan.

Anda jadi tak hebat KALAU...
Cerita yang diputarbelitkan itu akhirnya membelit diri anda sendiri dan membuatkan anda menderita tahap dewa.

-Nukilan Insani-
Rabu, 03 Februari 2010 | 10.22 PM