Memaparkan catatan dengan label Ekspresi Insaniah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ekspresi Insaniah. Papar semua catatan

Ahad, 2 Oktober 2011

Ekspresi Insaniah - Episod 13

Alpa

Aku statik di atas bayangan alpa
Ingin mencarik kegelapan hina
Kudratku tidak bersatu mesra
Keinfinitian-Mu melebihi segalanya.

-Nukilan Insani-
Ahad, 2 Oktober 2011 | 9.36 AM

Nukilan Insani: Aku insan yang hina lagi alpa...

Isnin, 18 April 2011

Ekspresi Insaniah - Episod 12

Jauh Tapi Dekat

"Semakin jauh AKU dariMu, semakin dekat pula ENGKAU menghampiriKu".

-Nukilan Insani-
Khamis, 18 April 2011 | 1.08 PM

Nukilan Insani: Malu padaMu... :)

Khamis, 30 Disember 2010

Ekspresi Insaniah - Episod 11

Sebati Diri

Aku bayangkan diri seperti gula pasir.
Bersebati dengan secawan air teh 'o'.
Tapi kenapa teh tidak terasa manis?
Pahitnya pula yang kurasa.

-Nukilan Insani-
Khamis, 30 Disember 2010 | 4.38 PM

Nukilan Insani: Gula tiruan atau aku yang TIDAK MENGIKUT SUKATAN?

Selasa, 28 Disember 2010

Ekspresi Insaniah - Episod 10

Kembali Semula

Aku kembali setelah bebas dari kepompong semalam.
Sawang-sawang yang menjerutku terlerai hancur.
Di saat ini aku sedar harapan itu benar-benar WUJUD.

-Nukilan Insani-
Selasa, 28 Disember 2010 | 2.47 PM

Nukilan Insani: Bagus kerana dapat kembali semula. Banyak perkara yang harus diselesaikan sebelum terlambat.

Ahad, 18 Julai 2010

Ekspresi Insaniah - Episod 9

Dirimu, Diriku, DIA

adanya diriku kerana adanya dirimu...
adanya dirimu kerana adanya diriku...
adanya kita kerana Dia ada-seadanya...

-Nukilan Insani-
Ahad, 18 Julai 2010 | 10.30 PM

Nukilan Insani: Masih tak faham? Akupun tak faham kenapa aku masih tak faham-faham... :)

Selasa, 20 April 2010

Ekspresi Insaniah - Episod 8

Segalanya

"Segalanya bukan untukku tetapi segalanya adalah untukMu".

-Nukilan Insani-
Selasa, 20 April 2010 | 12.07 AM

Nukilan Insani: Kalau hidup kita miskin atau penuh kehinaan di dunia ini, itu tidak menjadi soal kalau dalam hati kita masih ada keimanan. Tapi yang paling membimbangkan, bila kita hidup kaya-raya dan penuh kemuliaan, hati kita tiada iman itu. Kita jadi asyik dengan pangkat, darjat dan harta dunia yang serba sementara lagi penuh tipu daya sedangkan akhiratlah tempat kita bermastautin selamanya. Maka sia-sialah hidup kita kerana anugerah yang dikurnai olehNya telah dipersiakan.

Ahad, 18 April 2010

Ekspresi Insaniah - Episod 7

Kembali

"AKU ingin KEMBALI kepadaMu dengan SEBENAR-BENAR KEMBALI, tetapi adakah PENGEMBALIANKU ini diterima olehMu?"

-Nukilan Insani-
Ahad, 04 April 2010 | 11.23 PM

Khamis, 8 April 2010

Ekspresi Insaniah - Episod 6

Dia Ada Di Sisi

"Selama ini, aku tidak pernah keseorangan. KAU sentiasa ADA di sisi menemani. Akulah yang BUTA, TULI, PEKAK dan BISU kerana tidak cuba untuk merasai KEHADIRANMU".

-Nukilan Insani-
Khamis, 08 April 2010 | 9.56 PM

Isnin, 29 Mac 2010

Ekspresi Insaniah - Episod 5

Daya

Kadang-kadang aku berasa tidak BERDAYA untuk melangkah, tetapi apabila mengenangkanMu aku pula yang menjadi DAYA itu.

-Nukilan Insani-
Isnin, 29 Mac 2010 | 12.41 AM

Khamis, 25 Mac 2010

Ekspresi Insaniah - Episod 4

Antara Mati Dan Hidup

Aku sebenarnya sudah lama MATI, tetapi setelah kehadiranMu aku HIDUP semula.

-Nukilan Insani-
Khamis, 25 Mac 2010 | 11.07 PM

Rabu, 10 Mac 2010

Ekspresi Insaniah - Episod 3

Ada Dalam Tiada

HadirMu terasa
SinarMu bercahaya
WujudMu sebenarnya

keADAanMu tetap ADA
keTIADAanMu tetapkan BERADA
KAU ADA di mana-mana

AKU sebenarnya GILA
berkiblatkan SEMENTARA
membelakangi SELAMANYA

-Nukilan Insani-
Isnin, 08 Mac 2010 | 11.56 PM

Sabtu, 6 Mac 2010

Ekspresi Insaniah - Episod 2

Kita

Kita semua bergerak di atas muka bumi ini dengan izin-Nya.

Kita adalah zarah yang bermomentum dalam matrik penciptaan-Nya.
Kita mungkin si miskin, si kaya, si hina atau si mulia.
Namun hakikatnya kita semua sama di sisi-Nya.
Yang membezakan kita antara kita hanyalah amalan.
Bukan pangkat, darjat mahupun harta benda.

Kita makan dan minum melalui mulut.
Kita bernafas melalui hidung.
Kita berkumuh juga mengikut tempatnya.
Kita ada otak, jantung, hati, paru-paru, hempedu, usus dan segalanya.
Kita lengkap sebagai MANUSIA.
Jadi perlukah terbit rasa angkuh, riak, takbur dan sombong di dalam diri?

Begitulah kita
Kita adalah kita
yang masih BUTA
terhadap segala nikmat-Nya
di hati kita masih belum ada DIA


-Nukilan Insani-
Sabtu, 06 Mac 2010 | 5.16 PM

Khamis, 4 Mac 2010

Ekspresi Insaniah - Episod 1

Wujud

Yang sebenarnya AKU tidak pernah wujud,
yang sebenarnya wujud adalah KAMU.


-Nukilan Insani-
Khamis, 04 Mac 2010 | 9.01 PM