Memaparkan catatan dengan label Mutiara Kata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mutiara Kata. Papar semua catatan

Khamis, 12 Julai 2012

Belajar & Pelajari

"Semakin banyak perkara yang kita belajar, semakin banyak perkara yang kita harus pelajari".
-Nukilan Insani-
Khamis, 12 Julai 2012 | 8.43 AM

Nukilan Insani: Oleh yang demikian, perlukah kita mendabik dada dengan ilmu yang dipinjamkan kepada kita ketika masih hidup?

Rabu, 18 April 2012

Dunia, Najis dan Lalat

"Kenikmatan DUNIA itu ibarat setompok NAJIS yang dihurungi lalat-lalat rakus lagi tamak".
-Nukilan Insani-
Rabu, 18 April 2012 | 12.10 PM

Nukilan Insani: Semuanya hanyalah sementara, jadi kenapa sesetengah daripada KITA begitu BERKIRA untuk berkongsi NIKMAT dengan INSAN lain?

Isnin, 16 April 2012

Tahu & Kenal

"Kita hanya sekadar TAHU tetapi tidak pernah KENAL"
-Nukilan Insani-
Isnin, 16 April 2012 | 12.12 PM

Nukilan Insani: Tahu tapi tidak kenal... :)

Rabu, 21 Mac 2012

Baik & Terbaik

"Aku bukanlah seorang yang BAIK, namun aku telah mencuba yang TERBAIK untuk menjadi seorang yang BAIK"
-Nukilan Insani-
Rabu, 21 Mac 2012 | 5.29 PM

Nukilan Insani: Sebaik-baik orang adalah mereka yang tidak pernah berputus asa untuk memberi yang terbaik untuk agama, keluarga, bangsa dan negara... :)

Isnin, 26 Disember 2011

Cover

"Don't judge a book by its cover, if it not because of the cover, how can a book be call a book?"
-Nukilan Insani-
Monday, 26 December 2011 | 5.51 PM

Nukilan Insani: Dah terror sangat ke kita sampai memperlekehkan orang lain... warning... jangan tersilap penilaian... you don't know what others can do... :)

Rabu, 12 Oktober 2011

Palsu vs Benar

"Biar begitu banyak KEPALSUAN yang melanda dunia pada hari ini, namun KEBENARAN tetap utuh mengatasi".
-Nukilan Insani-
Rabu, 12 Oktober 2011 | 12.24 PM

Nukilan Insani: Memang pahit dalam menegakkan kebenaran, lebih pahit dari tertelan hempedu yang direndam dalam segelas air putih yang berisi tongkat ali asli... :)

Ahad, 9 Mei 2010

Peluang

"Ada kalanya juga, akan muncul peluang-peluang terkecil sebelum wujudnya peluang-peluang terbesar dalam hidup kita. Gunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin dalam memperbaiki mutu kehidupan dan amal ibadah kita".
-Nukilan Insani-
Ahad, 09 Mei 2010 | 9.30 PM

Nukilan Insani: Selalu ada peluang, tetapi tidak berkesempatan kerana kekurangan masa.

Khamis, 18 Mac 2010

Perbuatan

"Kita mungkin mengaku kita adalah manusia dari golongan hamba-Nya. Akan tetapi perbuatan kita tidak mencerminkan yang kita ini adalah manusia dari golongan hamba-Nya yang sebenar".
-Nukilan Insani-
Khamis, 18 Mac 2010 | 12.10 PM

Ahad, 14 Mac 2010

Bicara

"Berbicara sememangnya mudah, tetapi hendak melaksanakan hasil perbicaraan tidaklah semudah yang disangkakan."
-Nukilan Insani-
Ahad, 14 Mac 2010 | 10.43 PM

Sabtu, 6 Mac 2010

Nilai

"Harta, pangkat dan darjat bisa sahaja menjadi barangan bernilai di sisi AKU, KAMU dan KITA. Namun ianya menjadi satu barangan yang tidak bernilai walau satu dinarpun di sisi DIA".
-Nukilan Insani-
Sabtu, 06 Mac 2010 | 6.16 PM

Selasa, 23 Februari 2010

Derita & Bahagia

"Ada kalanya, kita menderita berpuluh-puluh tahun dan menyangka akan berterusan sebegitu. Namun, percayalah jika Allah ingin memberi kebahagiaan terhadap kita, tidak sampai satu saat pun segala penderitaan yang wujud sebelum itu akan terhapus dengan sekelip mata".
-Nukilan Insani-
Selasa, 23 Februari 2010 | 12.17 AM

Rabu, 17 Februari 2010

Tidak Mahu

"Sesuatu perkara yang kita tidak mahu itulah kadang-kadang menjadi benda yang terbaik untuk kita. Cuma pada pandangan zahir kita sahaja ianya nampak buruk dan tidak bermakna. Walhal ianya lebih bermakna daripada apa yang telah kita temui sebelum itu. Sesungguhnya Allah SWT itu maha adil dan maha mengetahui ke atas segala apa yang telah ditetapkan untuk setiap hamba-Nya".
-Nukilan Insani-
Rabu, 17 Februari 2010 | 10.20 PM

Ahad, 14 Februari 2010

Harapan

"Harapan terbesar hanya wujud sekali dalam hidup kamu. Jikalau ada yang lain, ia dipanggil kesempatan. Hargailah harapan yang ada di hadapan kamu sementara ia terbentang luas. Kelak, jika ia terlepas, hidup kamu pasti akan kekosongan".
-Nukilan Insani-
Isnin, 29 Jun 2009 | 1.59 AM

Sabtu, 6 Februari 2010

Hina & Keji

"Selalunya orang yang senantiasa kita hina dan kita keji itulah yang bakal menolong kita di saat kita mengalami kesusahan kelak".
-Nukilan Insani-
Sabtu,
06 Februari 2010 | 9.11 PM

Selasa, 2 Februari 2010

Sedar

"Kebiasaannya kita akan menyedari hakikat tentang sebuah kebenaran hanya setelah sesuatu perkara itu sudah berlalu jauh dari hidup kita".
-Nukilan Insani-
Selasa,
02 Februari 2010 | 11.34 PM

Khamis, 28 Januari 2010

Kecewa

"Jadikan kekecewaan dalam hidup anda sebagai pembakar semangat untuk berjaya. Sekali mengalami kekecewaan, bukanlah bermakna anda akan kecewa buat selama-lamanya. Tuhan tidak pernah berlaku kejam terhadap hamba-Nya. Yang berlaku kejam adalah hamba-Nya sendiri yang selalu berprasangka buruk terhadap kekecewaan yang dialami. Mereka tidak menyedari bahawa setiap kekecewaan yang ditempuhi itu bakal disulami dengan sebuah hikmah yang membawa kepada kebahagiaan".
-Nukilan Insani-
Khamis,
28 Januari 2010 | 2.25 AM

Isnin, 25 Januari 2010

Nilai

"Jangan hanya menilai seseorang melalui mata kasar kerana anda akan terpedaya. Sebaliknya nilailah seseorang itu melalui mata hati anda juga kerana ia tidak pernah menipu".
-Nukilan Insani-
Isnin,
25 Januari 2010 | 7.43 AM

Khamis, 21 Januari 2010

Kata-kata

"Semanis kata-kata itu mampu memikat hati manakala sejujur kata-kata itu pula mampu memikat diri".
-Nukilan Insani-
Ahad,
22 Januari 2006 | 7:59 PM

Isnin, 18 Januari 2010

Kecederaan

"Kecederaan pada anggota badan seorang insan mengambil masa beberapa hari sahaja untuk sembuh. Akan tetapi kecederaan pada sekeping hati seorang insan yang terluka mengambil masa sepanjang hayatnya untuk diubati".
-Nukilan Insani-
Isnin, 18 Januari 2010 | 9.58 p.m

Sabtu, 16 Januari 2010

Masalah

"Jadilah seorang yang takde masalah dalam menyelesaikan masalah dan jangan pulak cari pasal buat-buat takde masalah dengan menambah koleksi masalah".
-Nukilan Insani-
10.00 pm