Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan

Isnin, 19 April 2010

Gagal Dengan Cemerlang

Alhamdulillah, aku GAGAL dengan cemerlangnya dalam mtest kpli. Tak tau nak menangis ke, nak menyanyi ke, nak melompat ke, nak ketawa ke. So, no interview for me i guess. Dah terlalu lama takde anything good happen to me. All this time i live in SADNESS, MADNESS, TROUBLENESS and LONELINESS. But as far as i know, i will NEVER GIVE-UP. Until next time, here i go again...

Nukilan Insani: Apapun aku tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi seorang insan bergelar manusia dan bukannya seekor binatang. Apalah sangat keputusan mtest kpli di dunia ini kalau nak dibandingkan dengan keputusan amalan kita di padang Mahsyar nanti. Masya-Allah.

Khamis, 14 Januari 2010

Mahu Tak Mahu

Dah masuk 15 Januari 2010. Aku ingat nak menulis secara serius tapi sepanjang cuti sekolah nie banyak sangat kerja. Kelam-kabut aku dibuatnya. Aku tengok blog nie dah bersawang, berdebu dan ada sikit-sikit sarang anai-anai.

Dulu-dulu aku aktif menulis blog tapi aku pun tak tahu apakah perkara yang membuatkan aku pencen dari menulis. Apakah triggernya pun aku tak pasti. Apa yang aku ingat, sekitar pertengahan tahun 2006, jari-jemari aku mogok untuk menaip huruf-huruf di atas kibod.

Mahu mulakan balik menulis, Tuhan sajalah yang tahu betapa payahnya nak menaip. Tambah-tambah bila jiwa semakin kosong tahap kuburan. Siapa-siapa yang pernah menjalani latihan di gimnasium untuk sekurun lamanya dan kemudian meninggalkan latihan itu untuk sekurun lamanya juga pasti faham maksud aku. Bayangkan otot-otot kalian yang dah menimbul sasa macam Arnold Susahnakeja tiba-tiba akan menjadi lembik bak puding roti basi. Bila nak mulakan balik sessi latihan, silap-silap kalian boleh arwah kalau memaksa diri.

Apapun aku hendak teruskan juga blog nie. Meja Buruk tetap boleh walaupun buruk. Ye ke?

Nukilan Insani: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.