Khamis, 15 April 2010

'Tuan Muda' sah dapat 9A SPM

KUANTAN - Remaja yang menyamar sebagai 'Tuan Muda Pahang' bagi membolehkannya mengadakan lawatan ke semua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Pahang baru-baru ini sah merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, remaja berkenaan merupakan pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 9A dan 1B dalam SPM 2009.

Menurutnya, remaja tersebut merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32, Bera dan remaja yang sama pernah memohon kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bera untuk mengambil slip keputusan peperiksaan lebih awal berbanding pelajar lain.

Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz, permohonan pelajar terbabit terpaksa ditolak kerana ia bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak jabatan.

"Dia telah menghantar surat kepada PPD untuk mengambil keputusan lebih awal namun tidak dibenarkan kerana ia bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan.

"Kita juga tidak tahu apa sebenarnya motif dan tujuan pelajar terbabit hendak mengambil keputusan SPM lebih awal," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Petikan dari KOSMO Online - Khamis, 15 April 2010

Nukilan Insani: Perghh, result 9A 1B tu. Memang seorang penipu yang hebat. Misteri betul budak mentah nie, siap hantar surat nak mintak keputusan SPM lebih awal tu dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bera. Siapakah dia yang sebenar? Apakah motifnya menipu? Pihak polis siasatlah cepat. Dah siasat jangan pulak sorok.-sorok. We want all info about him. Hmm kat mana la budak mentah nie kena kurung pasnie. Dalam bilik kebal ISA kot. Hahahah. Kalau jadi pemimpin lagi la kuat menipu dari menteriwan dan menteriwati yang dah sedia ada. Hahahah. Silap-silap Malaysia pun boleh tergadai. Yang ada sekarang pun tunggu masa je kalau rakyat buta dalam memilih pucuk pimpinan.

Tiada ulasan: