Rabu, 21 April 2010

Masih Ramai Terperangkap SMS Tipu

KOTA BHARU - Meskipun berstatus pegawai tinggi kerajaan dan lepasan universiti namun mereka tetap tidak terlepas daripada penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya menawarkan pelbagai hadiah lumayan.

Sepanjang bulan April sahaja, SMS itu berjaya memerangkap 17 orang di negeri ini yang mendakwa masing-masing kerugian di antara RM1,000 hingga RM5,000 kerana sikap tamak untuk mendapatkan tawaran hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Supritendan Hamzah Alias berkata, jumlah keseluruhan kerugian mangsa yang antaranya terdiri daripada pegawai tinggi kerajaan, pegawai perubatan, pelajar universiti, guru, pesara dan pekerja swasta itu sebanyak RM33,825.

Petikan dari KOSMO Online - Rabu, 21 April 2010

Nukilan Insani: Kenapa sampai macam tu sekali kena tipu ye? Memanglah semuanya berlaku atas izin-Nya juga. Hendak yang baik, maka baiklah kesudahannya. Hendak yang buruk maka buruklah kesudahannya. Tapi bukankah Allah SWT sudah memberikan kita akal dan fikiran untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk. Tapi mengapa masih tertipu dengan begitu mudah? Adakah kerana sikap tamak haloba kerana inginkan kekayaan dengan jalan yang singkat atau balasan kerana mempersiakan harta yang ada?. Masya-Allah, mana mungkin Allah akan beri rezeki atau kekayaan dengan begitu mudah tanpa usaha, doa dan tawakkal. Marilah sama-sama kita GUNAKAN STATUS, PANGKAT, ILMU, HARTA, MASA dan HIDUP serta APA SAHAJA YANG BERKENAAN itu melalui jalan yang telah diredhai oleh-Nya.

Tiada ulasan: