Khamis, 22 April 2010

5 Pelajar Pondok Pakai Serban Bebas

TUMPAT – Mahkamah Majistret Tumpat di sini hari ini membebaskan dan melepaskan lima pelajar sebuah sekolah pondok atas kesalahan tidak memakai topi keledar tetapi sebaliknya memakai serban ketika menunggang motosikal, dua tahun lalu.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut.

Sebaik sahaja Raja Norshuzianna Shakila selesai membacakan penghakimannya, kelima-lima pelajar itu Adli Abd. Halim, 22; Ahmad Hafiz Shaari, 24; Mohd. Hafizul Mohamad, 22; Mohd. Azam Mohd. Arifin, 24; dan Che Mohd. Noor Che Soh, 28; kelihatan sebak dan beberapa daripada mereka mengalirkan air mata.

Kelima-lima pelajar Pondok Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Gelang Mas, di sini, ditahan dalam sekatan polis di Kampung Geting, dekat sini, pada pukul 12.30 tengah malam, 28 April, 2008, semasa dalam perjalanan pulang dari menghadiri upacara sembahyang jenazah di sebuah masjid.

Mereka didakwa mengikut Kaedah 4 (motosikal topi keledar keselamatan) 1973 dan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama. – Bernama

Petikan dari KOSMO Online - Khamis, 22 April 2010

Nukilan Insani: Bagi aku mereka tidak bersalah langsung pun. Apalah sangat dengan kesalahan dunia iaitu tidak memakai topi keledar kalau nak dibandingkan dosa-dosa yang kita lakukan terhadap Allah. Aku tahu topi keledar itu adalah alat keselamatan. Tapi yang sebenar-benar melindungi kita semua itu siapa? Tentulah Allah. Kalau pakai topi keledar pun, tapi merempit laju-laju tentulah ke TANAH MERAH juga kesudahannya. Lagipun mereka berlima telahpun menggantikan topi keledar itu dengan SERBAN. Syabas pihak berkuasa kerana cekap menyaman orang biasa. Tapi bagaimana pula dengan anak-anak orang VVIP yang perangai mereka lebih teruk dari syaitan? Ada berani ke nak bertindak kalau mereka melakukan kesalahan? Kalau di jalanraya pun terlepas inikan pula bila mereka buat kesalahan yang lebih teruk. Kadang-kadang aku kesal dengan segelintir pihak yang bersungguh-sungguh mahu menegakkan keadilan dunia yang entah apa-apa. Pinda itu dan ini tetapi hanya untuk kebaikan golongan tertentu sahaja. Akibatnya, orang biasa seperti kamilah yang selalu tertindas. Masya-Allah, semoga Allah menunjukkan taufik hidayah kepada mereka yang zalim dan selalu menindas orang yang lemah agar mereka dapat kembali semula ke jalan Allah.

Tiada ulasan: