Selasa, 20 April 2010

Lupa Seketika

"Abang, duit abang jatuh". Kata budak pam atendan tu pada aku.

"Aaaa?". Aku terpinga-pinga. Seolah-olah macam tersesat dalam dimensi lain.

"Duit abang jatuh tu". Budak tadi menunjukkan jarinya ke arah beberapa keping wang kertas yang bertaburan di atas simen.

"Eh?". Aku terkejut. Rasanya tadi aku dah zipkan beg doraemon kesayangan nie selepas mengeluarkan 3 keping not merah bagi mengisi minyak petrol kereta.

Patutlah. Bila aku meraba-raba beg doraemon yang tersandang erat di bahu, zipnya masih ternganga. Aku segera menghampiri kepingan wang yang bertaburan dan mengutipnya semula. Kemudian aku segera membuat bayaran di kaunter.

Bila aku hendak mengisi petrol ke dalam tangki, budak pam atendan yang lain menawarkan diri untuk mengisinya. Aku sedikit pelik sebab sepanjang aku mengisi petrol di mana-mana stesen minyak. Inilah kali pertama ada orang menawarkan diri untuk menolong.

Barangkali dia kasihan sebab nampak aku macam bingung. Atau mungkin juga dia dapat 'mengesan' sesuatu dalam diri aku iaitu PENDERITAAN. Apa jenis derita itu, biarlah ia menjadi rahsia antara aku dengan Sang Pencipta.

-Nukilan Insani-
Selasa, 20 April 2010 | 10.26 PM


Nukilan Insani: Kisah di atas menceritakan tentang salah satu sifat makhluk yang paling nyata iaitu LUPA. Kadang-kadang aku TERLUPA yang aku ini hanyalah hambaNya yang maha hina. Baru menumpang sedikit kudrat dan iradat Allah, tapi adakalanya sudah merasa diri terlalu hebat dan tidak perlu bergantung kepada sesiapa. Adakah kita masih INGAT siapa diri kita yang sebenarnya? Apakah tujuan Allah SWT menjadikan kita di dunia yang fana ini? Sudah tentu sebagai hambaNya dengan tujuan untuk beribadah. Tapi bila kali terakhir kita masih INGAT siapa kita yang sebenarnya? Masya-Allah, marilah kita kembali MENGINGATI sebelum terus TERLUPA buat selama-lamanya.

Tiada ulasan: