Selasa, 27 April 2010

Pandangan

"Apa pada pandangan kau mengenai kemenangan BN di Hulu Selangor?".

"No komen".

"Eh no komen aje, bagilah komen sikit, aku nak tahu".

"Buang masa aje komen, baik aku gie tengok Akademi Fantasial kat Astruk, lagi berbaloi buang masa buang duit".

"Aaaa?".

-Nukilan Insani-
Selasa, 27 April 2010 | 5.07 PM

Nukilan Insani: Aku benci dunia politik yang tiada kesudahan. Asyik bertelagah di antara satu sama lain. Bila nak mencapai kata sepakat kalau macam nie. Yang hairannya, yang bertelagah tu orang Melayu berbangsa Islam. Bangsa lain rilek je (sambil tunggu masa nak ngap!). Politik zaman sekarang nampak pelik. Bila waktu pencalonan, semua pakat tunjuk kredibiliti. Masa ini jugalah nak tunjuk baik, tunjuk mesra, tunjuk keprihatinan dan tunjuk kebolehan dalam memimpin walaupun ada segelintir di antara mereka itu masih belum menunaikan janji-janji yang terlampau. Kalau janji berkulat masih belum tertunai macam mana nak membela nasib rakyat. Kalau macam nie diorang benar-benar nak membela rakyat ke atau nak membela kroni? Jangan sampai negara tergadai kerana kesilapan pucuk pimpinan sudahlah. Selain itu, aku juga benci program realiti yang entah apa-apa.

7 ulasan:

Lepat Pisang berkata...

Lepat pun tak minat nak ambik tau pasai politik..bukan depa nak bagi duit pun..lepat setuju dengan pendapat brader..

Nukilan Insani berkata...

baru2 nie tersinggah kat blog mana ntah.. da lupa link... blog dlm tu menyiarkn pic2 kempen pilihanraya di Indonesia... dikatakan di sana, para media milik gomen memberi peluang kepada pihak pembangkang utk turut berkempen... kita di sini? emmm memang tak adil sbb berat sebelah... aku tak sokong parti mana2.. tp aku sokong dunia politik yang jujur... :)

Nisaeciz berkata...

sama la. tak minat jugak. huhuhu



nak tgk apa yg kamu sudi komennn = Pandangan pertama korang bila tgk gambar ni!

Nukilan Insani berkata...

tapi kalau bg duit... secara otomatik aku minat... ekekekeke :D

Amir Izzat berkata...

dunia akhir zaman..

Nisaeciz berkata...

huh! mmg tak layak berpolitik sbenanya. nak kuasa je lebihh



nak tgk apa yg kamu sudi komennn = Font ni da kicik sikit. okey ke?

muasz berkata...

Ingatlh...kita berpolitik kerana ALLAH. bukan kerana gila kuasa tp nak selamatkn ummah dan tegakkan syiar ISLAM