Isnin, 14 Mac 2011

Berbicara Dengan Diri - Episod 2

Mimpi

Aku cuba pejamkan mata.
Ingin sang mimpi segera menjelma.
Segera membunuh nista derita.
Sayangnya sang mentari masih muda.

-Nukilan Insani-
Isnin, 14 Mac 2011 | 6.31 PM

Nukilan Insani: Sejak akhir-akhir ni, aku semakin SUKAR untuk melelapkan mata kerana aku terlalu RINDU.

Ahad, 13 Mac 2011

Matrikulasi Abnormalisme - Episod 4

Notis Di Dalam Sampul Merah

"Assalamualaikum wbh".

"Waalaikumussalam wbh".

"Apa khabar encik".

"Baik. Alhamdulillah".

"Maaf ganggu encik. Saya datang ni bawa notis".

"Notis apa nie?".

"Sekejap lagi encik akan faham. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum wbh".

"Waalaikumussalam wbh. Terima....kaaaa.... Eh dah takde orang tadi".

Aku membelek-belek sampul surat berwarna merah. Dengan rakus aku koyakkan sampulnya.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tak mungkin. Ya Allah".

Aku rebah dan pengsan di kaki lima kerana terlalu takut.

-Nukilan Insani-
Isnin, 13 Mac 2011 | 1.15 PM

Nukilan Insani: Antara kandungan di dalam notis itu berbunyi: ANDA AKAN DIJEMPUT ILAHI 40 HARI DARI TARIKH NOTIS INI DIKELUARKAN... SILA BUAT PERSEDIAAN RAPI UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KEJADIAN TIDAK DIINGINI DI ALAM BARZAKH AMNYA DAN JUGA AKHIRAT KHUSUSNYA. Apakah perasaan anda andaikata diberi notis sebegini?

Isnin, 7 Mac 2011

Bila... dan Kalau... - Episod 3

Gigih

Anda memang seorang yang gigih BILA...
Pagi petang siang malam tidak jemu-jemu mencari rezeki halal untuk masa depan keluarga anda.

Tapi jadi tak gigih KALAU...
Pagi petang siang malam tidak jemu-jemu buat kerja haram!!!. Mencuri, minum arak, berjudi, tikam nombor dan banyak lagi.

-Nukilan Insani-
Isnin, 07 Mac 2011 | 2.51 PM

Isnin, 31 Januari 2011

Matrikulasi Abnormalisme - Episod 3

Tanpa Nama

"Hoi".

"Hoiiiiiii".

"Hoiiiiiiiiiiii".

Aku terkejut dan lantas berpaling.

"Ya, saudara panggil sayakah?".

Pemanggil itu terdiam sambil tersenyum pahit.

"Yalah. Takkan aku panggil kambing pulak".

"Saya bukan kambing. Kambing pun bukan saya".

"Saya ada nama".

"Apa nama kamu?".

"Nama saya Tanpa Nama".

"Pulak dah".

-Nukilan Insani-
Isnin, 31 Januari 2011 | 10.27 PM

Nukilan Insani: Apalah yang ada pada *NAMA sekiranya empunya nama tidak **MENAMAI DIRI dengan baik.

*nama=diri
**menamai=mewarnai

Isnin, 3 Januari 2011

Berbicara Dengan Diri - Episod 1

Senyum

Aku cuba untuk senyum.
Tapi rasanya agak janggal.
Berlatih senyum di hadapan cermin.
Senyumku umpama pembunuh bersiri.
Agak hipokrit.
Kalau tak senyum tak bolehkah?
Aku mahu menjadi diriku.
Kemudian aku tergelak besar.

-Nukilan Insani-
Isnin, 3 Januari 2011 | 8.49 PM

Nukilan Insani: Aku mahu SENYUM dengan ikhlas. :).

Khamis, 30 Disember 2010

Ekspresi Insaniah - Episod 11

Sebati Diri

Aku bayangkan diri seperti gula pasir.
Bersebati dengan secawan air teh 'o'.
Tapi kenapa teh tidak terasa manis?
Pahitnya pula yang kurasa.

-Nukilan Insani-
Khamis, 30 Disember 2010 | 4.38 PM

Nukilan Insani: Gula tiruan atau aku yang TIDAK MENGIKUT SUKATAN?

Selasa, 28 Disember 2010

Ekspresi Insaniah - Episod 10

Kembali Semula

Aku kembali setelah bebas dari kepompong semalam.
Sawang-sawang yang menjerutku terlerai hancur.
Di saat ini aku sedar harapan itu benar-benar WUJUD.

-Nukilan Insani-
Selasa, 28 Disember 2010 | 2.47 PM

Nukilan Insani: Bagus kerana dapat kembali semula. Banyak perkara yang harus diselesaikan sebelum terlambat.

Ahad, 18 Julai 2010

Ekspresi Insaniah - Episod 9

Dirimu, Diriku, DIA

adanya diriku kerana adanya dirimu...
adanya dirimu kerana adanya diriku...
adanya kita kerana Dia ada-seadanya...

-Nukilan Insani-
Ahad, 18 Julai 2010 | 10.30 PM

Nukilan Insani: Masih tak faham? Akupun tak faham kenapa aku masih tak faham-faham... :)

Rabu, 23 Jun 2010

Matrikulasi Abnormalisme - Episod 2

Kosong

"Kosongkan dirimu".

"Hendak kosongkan bagaimana?".

"Kosongkan ia seperti kamu mengosongkan segelas cawan berisi air tanpa kamu meminumnya atau menumpahkannya".

"Kalau begitu, lebih baik aku pecahkan saja cawan itu".

"JANGAN!!!".

"KENAPA?".

"Kamu akan MUSNAH kerana CAWAN itu adalah KAMU dan AIR itu juga adalah sebahagian dari DIRIMU".

-Nukilan Insani-
Rabu, 23 Jun 2010 | 5.08 PM

Nukilan Insani: Faham maksud aku? Err, aku sendiri pun tak faham apa yang aku taip... Hahaha...

Selasa, 25 Mei 2010

10 Tahun Kembara Cinta - Episod 8

Nostalgia Cinta

"Hujan yang begitu lebat pagi ini bagaikan menangisi NOSTALGIA CINTA yang pernah aku harungi suatu ketika dahulu... Namun setelah KEHADIRAN KASIHMU, adakala membuatkan aku terlupa bahawasanya diri ini pernah MENDERITA...".

-Nukilan Insani-
Selasa, 25 Mei 2010 | 1.16 AM

Nukilan Insani: Di hatiku tiada lagi KAMU..., di hatiku cuma ada Dia.

Rabu, 19 Mei 2010

10 Tahun Kembara Cinta - Episod 7

Fokus

"Sejak minggu lepas hingga sekarang, aku bagaikan tidak dapat memfokuskan diri terhadap blog buruk ini kerana hatiku telah terusik oleh keagungan CINTA yang dianugerahkan untukku. Ya Allah, hebat sungguh perasaan yang telah ENGKAU berikan kepadaku hingga kadangkala aku berasa TIDAK layak untuk MENERIMA CINTA ini".

-Nukilan Insani-
Rabu, 19 Mei 2010 | 10.54 PM

Nukilan Insani: Cinta ini adalah milikmu dan aku tidak akan mempersiakannya...

Jumaat, 14 Mei 2010

Gaji PM Baru Britain Dipotong

LONDON - Gaji Perdana Menteri baru Britain dan menteri-menterinya dipotong sebanyak lima peratus dalam usaha untuk mengurangkan rekod bajet defisit negara berkenaan.

Pengumuman pemotongan gaji itu dibuat sebelum mesyuarat Kabinet pertama kerajaan baru bermula semalam.

Perdana Menteri Britain, David Cameron kini akan menerima gaji sebanyak £142,500 (RM668,165) setahun daripada gaji yang sepatutnya diperolehinya iaitu £150,000 (RM703,325).

Gaji itu kurang £7,500 (RM35,129) daripada gaji bekas Perdana Menteri, Gordon Brown yang meletakkan jawatan selepas Parti Buruh pimpinannya sebelum ini tewas pada pilihan raya umum minggu lalu.

Sementara itu, gaji menteri kanan telah dipotong daripada £141,647 (RM663,970) setahun kepada £134,565 (RM630,823).

Gaji menteri biasa pula dikurangkan kepada £89,435 (RM419,307) setahun daripada £94,142 (RM441,456).

Namun, jumlah itu tidak termasuk gaji mereka sebagai Ahli Parlimen sebanyak £64,766 (RM303,333) setahun.

Parti Konservatif berkuasa selepas ia membentuk perikatan dengan Parti Liberal Demokrat sekali gus menamatkan penguasaan Parti Buruh selama 13 tahun. - Agensi

Petikan dari KOSMO Online - Jumaat, 14 Mei 2010

Nukilan Insani: Dato' Najib, Bik Mama & The Geng bila lagi nak potong elaun?

Isnin, 10 Mei 2010

10 Tahun Kembara Cinta - Episod 6

Mengerti

"Kehadiranmu membuatkan aku semakin mengerti apa itu CINTA, apa itu RINDU dan apa itu KASIH... terima kasih sayang kerana sudi MEWARNAI semula hatiku yang selama ini usang dan suram...".

-Nukilan Insani-
Isnin, 10 Mei 2010 | 10.30 PM

Nukilan Insani: Pengertian bagi mereka yang benar-benar telah mengerti... :)

Ahad, 9 Mei 2010

Peluang

"Ada kalanya juga, akan muncul peluang-peluang terkecil sebelum wujudnya peluang-peluang terbesar dalam hidup kita. Gunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin dalam memperbaiki mutu kehidupan dan amal ibadah kita".
-Nukilan Insani-
Ahad, 09 Mei 2010 | 9.30 PM

Nukilan Insani: Selalu ada peluang, tetapi tidak berkesempatan kerana kekurangan masa.

Sabtu, 1 Mei 2010

Orang-orangan... Kita-kitaan... - Episod 2

Baik & Jahat

Orang-orangan:
Berbuat baik SETIAP MASA, berbuat jahat TIDAK PERNAH SEKALI.

Kita-kitaan:
Berbuat baik SEKALI-SEKALA, berbuat jahat TIDAK TENTU MASA.

-Nukilan Insani-
Sabtu, 1 Mei 2010 | 10.50 PM

Nukilan Insani: Tidak sukar untuk menjadi orang baik yang melakukan kebaikan jika dalam diri kita ada kesedaran. Apa yang paling dikhuatiri adalah berterusan melakukan kejahatan walaupun kesedaran itu masih wujud dalam diri. :).