Jumaat, 14 Mei 2010

Gaji PM Baru Britain Dipotong

LONDON - Gaji Perdana Menteri baru Britain dan menteri-menterinya dipotong sebanyak lima peratus dalam usaha untuk mengurangkan rekod bajet defisit negara berkenaan.

Pengumuman pemotongan gaji itu dibuat sebelum mesyuarat Kabinet pertama kerajaan baru bermula semalam.

Perdana Menteri Britain, David Cameron kini akan menerima gaji sebanyak £142,500 (RM668,165) setahun daripada gaji yang sepatutnya diperolehinya iaitu £150,000 (RM703,325).

Gaji itu kurang £7,500 (RM35,129) daripada gaji bekas Perdana Menteri, Gordon Brown yang meletakkan jawatan selepas Parti Buruh pimpinannya sebelum ini tewas pada pilihan raya umum minggu lalu.

Sementara itu, gaji menteri kanan telah dipotong daripada £141,647 (RM663,970) setahun kepada £134,565 (RM630,823).

Gaji menteri biasa pula dikurangkan kepada £89,435 (RM419,307) setahun daripada £94,142 (RM441,456).

Namun, jumlah itu tidak termasuk gaji mereka sebagai Ahli Parlimen sebanyak £64,766 (RM303,333) setahun.

Parti Konservatif berkuasa selepas ia membentuk perikatan dengan Parti Liberal Demokrat sekali gus menamatkan penguasaan Parti Buruh selama 13 tahun. - Agensi

Petikan dari KOSMO Online - Jumaat, 14 Mei 2010

Nukilan Insani: Dato' Najib, Bik Mama & The Geng bila lagi nak potong elaun?

Tiada ulasan: