Khamis, 19 April 2012

Sayang Seribu Kali Sayang

Dia kulihat teresak-esak.

Kenapa nie?

Dia terdiam dan memandangku.

Saya telah diceraikan.

Aku tersentak.

Esakannya semakin kuat.

Kenapa dia ceraikan kamu?

Sebab dia terlalu sayangkan saya.

Terlalu sayang sampai cerai?

Dia mengangguk.

Aku jadi hairan.

Allahyarham suami kamu yang dulu macam mana pula?

Dia sayang saya tapi saya pula yang tidak menyayanginya.

Begitu ke?

Dia mengangguk sambil menekup mukanya.

Suami kamu yang sekarang walaupun SAYANG dia tetap menceraikan kamu, suami yang dulu pula walaupun tahu kamu tidak MENYAYANGINYA dia tetap SAYANG dan tidak pula menceraikan kamu.

Esakannya terhenti seketika dan memandangku.

Jadi, siapa yang paling menyayangi kamu sekarang?

Matanya mula berkaca dan menangis, kali ini lebih kuat esakannya.

Aku juga berasa turut terharu dan sebak melihat keadaannya.

Keesokan harinya, aku terdengar berita dia meratapi kubur suaminya yang terdahulu.

-Nukilan Insani-
Khamis, 19 April 2012 | 10.41 AM

Nukilan Insani: Sayang seribu kali sayang, segalanya sudah terlambat...

Tiada ulasan: