Sabtu, 24 April 2010

Masjid Bukan Pentas Politik

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan sekali lagi kepada semua pihak supaya tidak menjadikan masjid dan surau sebagai gelanggang berpolitik atau tempat mengadakan demonstrasi negatif.

Baginda bertitah, masjid dan surau adalah tempat umat Islam bermuafakat dan mengeratkan silaturahim.

"Beta tidak berkenan masjid dan surau dijadikan gelanggang untuk berpolitik dan mengadakan demonstrasi walaupun di pekarangan masjid.

"Perselisihan pendapat memang tidak dapat dihindari dalam konteks kehidupan bermasyarakat namun ia perlu diatasi dengan bijak," titah baginda ketika merasmikan Masjid Taman Cheras Jaya di sini semalam.

Baginda turut menunaikan solat Jumaat bersama jemaah lain termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas perasmian itu.

Petikan dari KOSMO Online - Sabtu, 24 April 2010

Nukilan Insani: Islam adalah agama yang universal. Ia bukan sekadar agama semata-mata. Ia adalah cara hidup yang lengkap dan syumul. Sedangkan hendak masuk tandas tempat yang kotor itu, kita diajar adab dan juga doa. Inikan pula politik. Makna politik itupun luas. Dakwah itu pun politik. Berkempen kepada orang ramai untuk melakukan kebaikan dan memilih antara yang baik dan yang buruk. Ingat lagi tagline orang Islam? Amar Ma'ruf Nahi Mungkar iaitu setelah kita membuat 'akujanji' dengan Allah dalam bentuk dua kalimah syahadah. Itu dia. Jadi berdakwah ini lebih kurang macam 'berpolitik' dalam memujuk umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Kalau dalam memilih pucuk pimpinan, tentulah kita nak yang terbaik takkan yang terburuk pulak. Kalau aku salah, tolong betulkan aku. Kalau kita sama-sama salah, mari kita pakat betulkan mana yang salah. Jangan sesekali kita berfikiran sempit terhadap agama sendiri. Al-Quran ada, hadith ada, alim-ulama ada, buatlah reference secara menyeluruh, bukan buat sikit-sikit dan tinggal apa yang kita tidak berkenan. Kalau dah nama orang Islam, kita kena buat semua. No excuses. :).

Tiada ulasan: