Isnin, 22 Mac 2010

Maggi Sup Berwajah Mee Rebus

Lain yang aku pesan, lain yang aku dapat. Aku pesan maggi sup tapi dapat mee rebus. Dah banyak kali aku cakap kat akak chef kedai makan feberet tempat aku selalu pergi tu, tapi hasilnya tidak seperti yang aku harapkan. Dia tetap bungkuskan aku mee rebus, yakni menu yang aku tidak berapa suka. Aku hairan di mana silapnya. Aku dah cakap dengan terang dan jelas. Mungkin dia ada sound trouble agaknya. Termasuk yang ini, sudah tiga kali ianya berlaku.

Kalau ikutkan amarah dalam diri aku nie, nak aje aku pulangkan balik mee rebus tu dan suruh dia masakkan maggi sup semula. Tapi aku tetap sabar sebab tidak mahu menjadi NAGA. Biarlah, apa nak buat, sudah ditakdirkan untuk aku menjamah mee rebus malam nie walaupun pada hakikatnya aku tidak suka mee rebus. Apapun aku tetap bersyukur kerana masih dapat menjamah rezekiNya. Begitulah dalam hidup ini, apa yang kita mahu tidak semestinya kita dapat. Itu baru bab pesan menu makanan, belum masuk bab lain lagi.

Apapun aku fikir yang paling penting BELAJARLAH UNTUK BERSYUKUR. Cuba kita semua hitung nikmat yang Allah berikan pada kita. Tidak terkira dan tidak ternilai semuanya. Dari yang sekecil-kecil nikmat hinggalah yang sebesar-besarnya. Tapi mengapa masih ada di antara kita yang KUFUR terhadap nikmatNya?

-Nukilan Insani-
Isnin, 22 Mac 2010 | 12.26 AM

Tiada ulasan: