Khamis, 12 Julai 2012

Belajar & Pelajari

"Semakin banyak perkara yang kita belajar, semakin banyak perkara yang kita harus pelajari".
-Nukilan Insani-
Khamis, 12 Julai 2012 | 8.43 AM

Nukilan Insani: Oleh yang demikian, perlukah kita mendabik dada dengan ilmu yang dipinjamkan kepada kita ketika masih hidup?

Khamis, 19 April 2012

Sayang Seribu Kali Sayang

Dia kulihat teresak-esak.

Kenapa nie?

Dia terdiam dan memandangku.

Saya telah diceraikan.

Aku tersentak.

Esakannya semakin kuat.

Kenapa dia ceraikan kamu?

Sebab dia terlalu sayangkan saya.

Terlalu sayang sampai cerai?

Dia mengangguk.

Aku jadi hairan.

Allahyarham suami kamu yang dulu macam mana pula?

Dia sayang saya tapi saya pula yang tidak menyayanginya.

Begitu ke?

Dia mengangguk sambil menekup mukanya.

Suami kamu yang sekarang walaupun SAYANG dia tetap menceraikan kamu, suami yang dulu pula walaupun tahu kamu tidak MENYAYANGINYA dia tetap SAYANG dan tidak pula menceraikan kamu.

Esakannya terhenti seketika dan memandangku.

Jadi, siapa yang paling menyayangi kamu sekarang?

Matanya mula berkaca dan menangis, kali ini lebih kuat esakannya.

Aku juga berasa turut terharu dan sebak melihat keadaannya.

Keesokan harinya, aku terdengar berita dia meratapi kubur suaminya yang terdahulu.

-Nukilan Insani-
Khamis, 19 April 2012 | 10.41 AM

Nukilan Insani: Sayang seribu kali sayang, segalanya sudah terlambat...

Rabu, 18 April 2012

Dunia, Najis dan Lalat

"Kenikmatan DUNIA itu ibarat setompok NAJIS yang dihurungi lalat-lalat rakus lagi tamak".
-Nukilan Insani-
Rabu, 18 April 2012 | 12.10 PM

Nukilan Insani: Semuanya hanyalah sementara, jadi kenapa sesetengah daripada KITA begitu BERKIRA untuk berkongsi NIKMAT dengan INSAN lain?

Isnin, 16 April 2012

Tahu & Kenal

"Kita hanya sekadar TAHU tetapi tidak pernah KENAL"
-Nukilan Insani-
Isnin, 16 April 2012 | 12.12 PM

Nukilan Insani: Tahu tapi tidak kenal... :)

Sabtu, 24 Mac 2012

Aku, Boss Dan Kerja - Episod 1

Basic
+
: Boss, macam mana dengan basic saya? Dah lebih 3 bulan, masih belum confirm-confirm lagi.

-: Hmm, performance awak macam mana untuk setiap bulan?
+: I need that basic, this is not about the performance at all.
-: No performance no basic at all.
+: (Binawe punya boss)

-Nukilan Insani-
Saturday, 24 Mac 2011 | 10.30 AM

Nukilan Insani: Aku nie pendatang tanpa izin (PATI) ke, susah sangat nak bagi basic. Any labour officer out there can help me?

Rabu, 21 Mac 2012

Baik & Terbaik

"Aku bukanlah seorang yang BAIK, namun aku telah mencuba yang TERBAIK untuk menjadi seorang yang BAIK"
-Nukilan Insani-
Rabu, 21 Mac 2012 | 5.29 PM

Nukilan Insani: Sebaik-baik orang adalah mereka yang tidak pernah berputus asa untuk memberi yang terbaik untuk agama, keluarga, bangsa dan negara... :)

Selasa, 27 Disember 2011

Matrikulasi Abnormalisme - Episod 7

Look & Looking

+: What're you looking at?
-: I'm looking at you
+: Why?
-: Because you don't look at me...
+: ???
-Nukilan Insani-
Tuesday, 27 December 2011 | 3.29 PM

Nukilan Insani: Banyak orang banyak ragam, jangan terkejut jika anda dilabelkan gila hanya kerana menegakkan benang yang basah. Itu realiti dunia kini.

Isnin, 26 Disember 2011

Cover

"Don't judge a book by its cover, if it not because of the cover, how can a book be call a book?"
-Nukilan Insani-
Monday, 26 December 2011 | 5.51 PM

Nukilan Insani: Dah terror sangat ke kita sampai memperlekehkan orang lain... warning... jangan tersilap penilaian... you don't know what others can do... :)

Rabu, 12 Oktober 2011

Palsu vs Benar

"Biar begitu banyak KEPALSUAN yang melanda dunia pada hari ini, namun KEBENARAN tetap utuh mengatasi".
-Nukilan Insani-
Rabu, 12 Oktober 2011 | 12.24 PM

Nukilan Insani: Memang pahit dalam menegakkan kebenaran, lebih pahit dari tertelan hempedu yang direndam dalam segelas air putih yang berisi tongkat ali asli... :)

Ahad, 2 Oktober 2011

Ekspresi Insaniah - Episod 13

Alpa

Aku statik di atas bayangan alpa
Ingin mencarik kegelapan hina
Kudratku tidak bersatu mesra
Keinfinitian-Mu melebihi segalanya.

-Nukilan Insani-
Ahad, 2 Oktober 2011 | 9.36 AM

Nukilan Insani: Aku insan yang hina lagi alpa...

Selasa, 27 September 2011

Matrikulasi Abnormalisme - Episod 6

Boyot

Aku memandang perutku yang semakin memboyot.
Jari-jemariku mengusapi lembut permukaan kulit.
Di hadapan cermin itu terukir senyumanku.
Aku seakan gembira dengan perubahan ini.
Ia adalah anugerah yang tidak ternilai buatku.
Aku begitu teruja dan terharu.
Oh tuhan, aku benar-benar bahagia dengan kurniaan-Mu.

Tiba-tiba, kedengaran satu suara memecah kedamaian...

"Sudahlah tu bang, geli betul saya tengok perut awak tu...
Dah macam badak betina bunting sulung.
Kalau saya yang boyot ada baby takpe la jugak.
Boyot awak tu cuma ade lemak tepu.
Eloklah awak mula berdiet."

Empunya suara berdiri bagaikan berkhutbah.
Sayang aku tidak berminat mendengar khutbahannya.
Dia bukan imam masjid negara.
Dia bini aku.

Ah kacau daun aje bini aku nie.
Dia apa tau.
Perut boyotku bukan sebarangan tau.
Inilah juga antara trademark kelakian sejati.

Ku lihat isteriku mula mencuka.
Marah bila aku tidak mengendahkannya.
Jari-jemari masih asyik mengusap perut boyot ini.
Berperut boyot pun satu nikmat.

-Nukilan Insani-
Selasa, 27 September 2011 | 9.13 AM

Nukilan Insani: Calon lelaki perut boyot 1malaysia... :)

Isnin, 26 September 2011

Diari Seorang Penulis - Episod 1

Alpa

Ah, sudah lama tidak menulis.
Aku bercadang untuk menulis dengan lebih serius pada masa-masa yang mendatang.
Kini aku cuba mencari semula masa lalu yang bersembunyi di sebalik kealpaan.
Dendam lampauku terhadap monitor, papan kekunci dan CPU masih belum terpadam.
Aku bimbang semut hitam akan membuat sarang koloni tergemilang dan terhebat.
Mereka pun ada wawasan.

-Nukilan Insani-
Isnin, 26 Januari 2011 | 1.16 PM

Nukilan Insani: Aku penulis yang berpaksikan kebenaran... :)

Ahad, 17 Julai 2011

Bila... dan Kalau... - Episod 4

Bangang

Anda memang seorang yang bangang BILA...
Tidak mahu mendengar nasihat dari mereka yang arif dalam agama Islam mengenai kesilapan anda tentang hukum-hakam sesuatu perkara sedangkan anda jahil.

Tetapi menjadi lebih bangang KALAU...
Sudahlah jahil, anda masih mempertahankan pendirian berdasarkan nafsu syahwat semata-mata. Hukum yang sesuai dengan anda, diambil, yang tidak sesuai, anda tinggalkan.

-Nukilan Insani-
Ahad, 17 Julai 2011 | 1.31 PM

Nukilan Insani: Dunia kini begitu pelik kerana wujudnya matlamat dalam menghalalkan cara walaupun kita faham dan jelas sesuatu cara itu tidak semestinya benar atau halal.

Rabu, 6 Julai 2011

Matrikulasi Abnormalisme - Episod 5

Orang Gila Yang Sebenar

Siapakah orang yang paling gila di dunia?

Orang gila yang kita anggap SUPER HINA dengan pakaian compang-camping sedang menyelongkar tong sampah mencari makanan atau menadah tangan meminta duit dari korang.

ATAU

Mereka yang mengaku waras tetapi masih GILA pada keasyikan dunia yang serba sementara. Sanggup mengadai maruah sebagai orang Islam dengan membelakangi hukum-hakam demi mencari kemewahan dan kesenangan dunia yang melampau.

-Nukilan Insani-
Rabu, 06 Julai 2011 | 4.50 PM

Nukilan Insani: Gilakah kita? Tepuk dada tanya iman dalam hati masing-masing.

Isnin, 18 April 2011

Ekspresi Insaniah - Episod 12

Jauh Tapi Dekat

"Semakin jauh AKU dariMu, semakin dekat pula ENGKAU menghampiriKu".

-Nukilan Insani-
Khamis, 18 April 2011 | 1.08 PM

Nukilan Insani: Malu padaMu... :)